Translate

Rabu, 20 Mac 2013

Tambahan Aktiviti Pelancongan

Bagi menampung pertambahan kedatangan pelancong, aktiviti-aktiviti berikut sedang dikenalpasti:-


  1. Night Jungle Walk
  2. Melawat Perkampungan Orang Asli Che Wong
  3. Voluntourism 'A day as a mahout'
  4. Memerhati burung
  5. Berkenu di Sungai Teris


Selasa, 5 Februari 2013

Apa lagi aktiviti pelawat tahun 2013 ni?

Ramai pelawat yang datang sekadar singgah, daftar, tengok anak gajah dan pulang atau sambung lawatan ke Deerland. Berikut adalah senarai aktiviti yang boleh diikuti oleh para pangunjung:

1. Pemerhatian anak gajah di habitat semulajadi; Anak-anak gajah akan dibiarkan bebas berkeliaran beberapa jam di hutan berhampiran setiap hari bagi membiasakan mereka dengan habitat asal. Pelawat boleh melihat keletah mereka bermain dan bersosial diantara satu sama lain.



 


2. Pemerhatian "latihan rutin" gajah dewasa; Setiap hari gajah-gajah dewasa akan dibawa berjalan ke hutan berhampiran oleh mahut bagi memastikan mereka membiasakan mereka dengan habitat asal. Latihan ini juga penting bagi memastikan kesihatan dan kecergasan mereka sentiasa berada ditahap maksima.  




3. Memerhati gajah dewasa mandi bersama mahut; Selepas menjalani latihan harian, gajah-gajah dewasa akan dimandikan bagi membuang kotoran, daki dan sel mati pada kulit mereka. Aktiviti mencuci dan memberus badan gajah juga dapat melancarkan perjalanan aliran dara dalam tubuh gajah. Ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara gajah dan mahut yang menjaga mereka.



4. Program pendidikan biodiversiti, memberi makan dan bergambar bersama gajah





5. Menyusuri trail di Hutan Simpan Krau; Pelawat yang memasuki trail mungkin berpeluang melihat gajah dewasa yang sedang dibawa oleh mahut untuk aktiviti latihan rutin mereka.  




6. Pendidikan konservasi melalui pameran; pelawat boleh mempelajari banyak perkara melalui gambar-gambar, banner, poster dan arca di ruang pameran yang disediakan berhampiran kaunter pendaftaran.

7. Menonton video proses pemindahan gajah; Video ini difilemkan dengan kerjasama krew National Geographic, penonton diberikan maklumat berkaitan konflik antara gajah dan manusia serta tindakan Jabatan Perhilitan dalam menangani masalah tersebut.

8. Penerangan interpretasi; kebolehan semulajadi, sifat, tingkah laku, kepentingan gajah, penyelesaian masalah gajah - manusia dan banyak lagi.   



9. Mandi bersama anak gajah (sehingga 30/6/2013 bergantung kepada keadaan air sungai dan keselamatan pelawat serta gajah);





Sabtu, 26 Januari 2013

Aktiviti yang ditawarkan oleh Pemandu Pelancong Tempatan

Bersesuaian dengan salah satu konsep ekopelancongan iaitu, mendatangkan manfaat dan pulangan kepada penduduk setempat, Jabatan Perhilitan telah mengadakan Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi yang mendapat lesen dari Kementerian Pelancongan untuk beroperasi di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK). Berbekalkan pengetahuan yang diberikan semasa kursus, mulai dari bulan Mac tahun 2012, pemandu pelancong tampatan (Local Tourist Guide) telah menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan di sini. 

Perkhidmatan pemandu pelancong bersesuian dangan pemintaan pelawat yang inginkan lebih layanan, bantuan dan maklumat semasa lawatan ke sini. Ia juga penting untuk dalam soal keselamatan pelawat, dimana sebagai contoh, aktiviti mandi bersama anak gajah hanya dibenarkan kepada pelawat yang mengambil pemandu pelancong tempatan bersesuaian dengan SOP (Prosedur Standard Operasi) yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan PKGK.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan bersama pemandu pelancong alam semulajadi tempatan adalah:-

1. Menyusuri denai gajah sejauh 1.5km.
Pelawat dibawa ke dalam kawasan Hutan Simpan Krau sambil diberikan penerangan mengenai flora dan fauna yang terdapat di hutan hujan tropika. Pelawat akan juga melihat kehidupan gajah dan anak gajah yang menjalani latihan dan senaman harian mereka di sini.

2. Mengikuti program lawatan harian
Aturcara program lawatan harian bermula dari jam 1.00 petang (menonton video proses menangkap dan memindahkan gajah dari kawasan bermasalah ke habitat baru. Video selama 30 minit ini dibuat dengan kejasama staf National Geographic), 2.00 petang (Memerhati gajah dewasa dimandikan, mengikuti penerangan dan persembahan kebolehan gajah, memberi makan gajah dewasa dan bergambar)

3. Mandi bersama anak gajah (sehingga 30 Jun 2013 sahaja)
Bagi mereka yang telah mendapatkan khidmat pemandu pelancong tempatan, dan sekiranya keadaan air sungai tidak membahayakan pelawat dan anak gajah, pelawat boleh mengikuti acara ini. 

4. Melawat perkampungan Orang Asli Kaum Che Wong
Antara 18 suku kaum orang asli di Semenanjung Malaysia, kaum Che Wong adalah suku kaum orang asli yang mempunyai populasi paling rendah iaitu sekitar 400 orang sahaja. Kebanyakkan mereka tinggal di Hutan Simpan Krau. Bagaimanapun, kerajaan telah menyediakan kawasan perumahan berkelompok untuk mereka tinggal berhampiran PKGK. Pelawat akan dibawa melawat perkampungan dan dewan pameran kaum ini, mencuba buluh sumpitan dan sekiranya tempahan awal dibuat, boleh menyaksikan tarian sewang.