Berikut adalah soalan yang biasa diajukan oleh pengunjung:
PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN,
FAQ/SOALAN LAZIM
1. Mengapa tunggangan gajah dihadkan/Kenapa pelekat kuning
dihadkan/Kenapa hanya sedikit pelekat kuning dikeluarkan? NOTA: TIADA LAGI AKTIVITI MENUNGGANG GAJAH MULAI 4/10/2012 DI PKGK.
Pelawat yang mengikuti acara menunggang gajah dihadkan bagi
mengelakkan gajah mengalami tekanan yang keterlaluan. Secara semulajadi, gajah
adalah mamalia yang aktif pada waktu malam dan berehat pada waktu tengahari. Aktiviti
menunggang gajah ini hanyalah sebahagian daripada latihan rutin mereka bagi
membiasakan diri dengan orang ramai dan tekanan sebagai persediaan untuk
menjadi gajah denak.
2.
Mengapa tiada aktiviti mandi bersama anak gajah pada hari ini?
Aktiviti ini bergantung kepada keadaan paras air sungai Teris,
sekiranya air naik dan deras disebabkan oleh hujan di sebelah hulu sungai, ia
akan membahayakan anak gajah dan pelawat yang mengikuti aktiviti ini. NOTA: BAGI MENGIKUTI AKTIVITI MEMANDIKAN ANAK GAJAH; BAYARAN KEPADA PERSATUAN PEMANDU PELANCONG TEMPATAN ADALAH DIWAJIBKAN BAGI MEMBANTU PELAWAT MENGIKUTI AKTIVITI INI.
3.
Kenapa pelawat perlu mendaftar?
Pelawat diwajibkan mendaftar dengan mengisi serta menandatangani borang
Akuan Pelepasan bagi memasuki pusat ini kerana ianya adalah salah satu prosedur
pusat selain tujuan utama adalah untuk pengumpulan data kedatangan
pelawat.
4.
Bagaimana hendak ke PKGK sekiranya daripada Kuala Lumpur?
Laluan utama ke PKGK adalah melalui Lebuh Raya Pantai Timur, keluar
melalui exit Lanchang (kira-kira 12km), belok ke kanan dan pandu terus ke PKGK
(Rujuk pelan lakaran di website).
5.
Adakah terdapat pengangkutan awam daripada Kuala Lumpur ke PKGK?
Sekiranya anda ingin menaiki pengangkutan awam ke PKGK, anda bolehlah
menggunakan perkhidmatan bas dari Terminal Bas Pekeliling atau teksi. Perkhidmatan bas dari hentian Pekeliling ke Mentakab minta pemandu bas berhenti di Lanchang. Bas berlepas dari Terminal Bas/Hentian Bas Pekeliling setiap satu jam (7.00am 8.00am 9.00am 10.00am 11.00am 12.00nn 1.00pm 2.00pm 3.00pm 4.00pm 5.00pm 6.00pm) setiap hari. Ambil teksi dari hentian bas Lanchang ke PKGK dengan bayaran sekitar RM30/teksi. Pastikan menaiki bas awal kerana aktiviti gajah dewasa bermula pada jam 10.30 pagi dan 2.00 petang.
6.
Bila waktu sesuai untuk melawat?
Isnin-Khamis, 12.00pm – 4.45pm
Jumaat 2.45pm-4.45pm
Sabtu, Ahad dan Hari Cuti Am,
10.00am – 4.45pm
7.
Berapa jauh PKGK dari pekan Lanchang?
Kira-kira 15km
8.
Siapa yang membiayai kos operasi?
Kerajaan Malaysia,
melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan PERHILITAN.
9. Berapa jauhkah PKGK dari bandar terdekat?
Bandar yang paling hampir dengan PKGK adalah bandar Mentakab iaitu sejauh
30 Km dan Temerloh sejauh 45 Km.
10. Berapa
banyak gajah yang telah dipindahkan?
Daripada
tahun 1974 hingga pertengahan tahun 2012, lebih 700 ekor gajah telah dipindahkan ke habitat barunya di Taman
Negara Pahang dan Terengganu.
11. Kenapa tidak diadakan pertunjukkan
gajah seperti melukis, menari dan sebagainya?
Aktiviti
tersebut berlawanan dengan objektif penubuhan pusat ini sebagai sebuah pusat konservasi.
12. Apakah
aktiviti yang dijalankan di sini?
Aktiviti yang dapat anda lakukan di pusat ini adalah seperti memerhatikan
tingkah laku gajah, bergambar, menunggang gajah, memberi makan dan mandi
bersama anak gajah.
13. Berapa ekor gajah yang
ada/Kenapa sedikit sahaja gajah yang dilihat?
Jumlah gajah yang terdapat di sini berubah dari masa kesemasa, secara
purata, terdapat 25-30 ekor gajah yang berlainan umur dalam satu-satu masa.
Gajah-gajah ini ditempatkan di kawasan yang berlainan dan ada yang berada di
luar kawasan bagi menjalani latihan dan operasi pemindahan gajah liar.
14. Bagaimana cara untuk
mendapatkan pelekat kuning?
Pemberian pelekat kuning untuk mengikuti aktiviti menunggang gajah
diberikan berdasarkan konsep “first come first serve basis”, tempahan awal juga
dihadkan bagi memberikan peluang samarata kepada setiap pengunjung.
15. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk memasuki
pusat ini atau menunggang gajah?
Pusat ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung yang
memasuki atau yang ingin menunggang gajah, walaubagaimanapun derma ikhlas
kepada Tabung Amanah Gajah adalah digalakkan.
16.
Bagaimanakah caranya untuk menderma kepada pusat ini dan apakah yang boleh didermakan selain wang ringgit?
Sumbangan
derma boleh dibuat melalui wang ringgit atau cek atas nama Ketua Pengarah
Jabatan Perhilitan kepada pusat ini. Selain daripada wang ringgit, pihak pusat
juga menggalakkan pengunjung membawa buah-buahan seperti pisang, tebu atau
keledek untuk diberikan kepada gajah.
17. Kenapa
waktu aktiviti bermula lambat pada jam 2.00 petang?
Bagi memberi peluang kepada mereka yang berada jauh seperti dari Kuala Lumpur dan Kuantan
bersama mengikuti aktiviti yang disediakan.
18. Mengapa perlu mendaftar untuk lawatan?
Pendaftaran
diwajibkan bagi mengenalpasti jumlah kedatangan pelancong, menanda-tangani
borang Pelepasan Tanggung Jawab dan seterusnya data digunakan bagi mendapatkan
bajet untuk membiayai operasi pusat ini.
19. Kenapakah terdapat perbezaan warna pelekat
yang dikeluarkan?
Terdapat tiga jenis pelekat yang dikeluarkan oleh pusat iaitu; Warna
hijau (pas lawatan pelawat rasmi jabatan), warna merah (pas lawatan tanpa menunggang
gajah) dan warna kuning (pas lawatan dan dibenarkan untuk menunggang gajah).
20. Apakah makanan utama gajah di pusat
konservasi ini?
Gajah adalah haiwan herbivor, di pusat ini makan utama yang diberikan
adalah rumput napier, batang dan daun pisang serta buah-buahan.Selain itu,
dedak atau palet juga dibekalkan kepada gajah-gajah sebagai makanan tambahan
untuk diet seimbang.
21. Boleh berkelah di kawasan sekitar pusat ini?
Perkelahan tidak digalakkan untuk membendung pembuangan sampah sarap.
22. Kenapa makanan tidak dibenarkan untuk dibawa
masuk ke kawasan aktiviti?
Bagi mengelakkan jangkitan kuman, pembuangan sampah dan sisa makanan
yang akan mengundang penyebaran penyakit.
23. Di manakah gajah ditempatkan selepas aktiviti
bersama pelawat?
Gajah-gajah disini ditempatkan di perumahan gajah di kawasan hutan
berhampiran.
24. Kenapa tidak dikenakan bayaran masuk?
Tiada bayaran dikenakan bagi memberi peluang kepada semua golongan
untuk mengenali dan mengetahui peranan
dan kepentingan gajah kepada alam sekitar.
25. Kenapa gajah tidak dilepaskan terus ke dalam
hutan dan berapa lamakah ianya akan ditempatkan di pusat ini?
Gajah yang dibawa ke pusat ini kebanyakannya mengalami masalah
kesihatan dan tertinggal daripada kumpulan mereka. Oleh itu, ianya perlu
dikuarantin, dirawat dan terdapat juga yang perlu dilatih bagi membantu proses
tangkap pindah gajah pada masa hadapan. Gajah yang ditempatkan di pusat ini bergantung
kepada pelbagai faktor seperti tahap kesihatan, usia dan sebagainya.
26. Adakah gajah-gajah ini gembira tinggal di
sini?
Bergantung kepada gajah secara individu, secara amnya mereka tidak
mengalami tekanan yang keterlaluan kerana mendapat tempat penginapan, kesihatan
dijaga, makanan yang cukup serta tidak digunakan untuk bekerja bagi mendapatkan
pulangan wang.
27. Kenapakah anak gajah berada di dalam
kurungan?
Anak gajah berada di dalam kurungan hanya semasa waktu lawatan bagi
memudahkan pelancong melihat, bermesra dan memberi makan kepada mereka.
Anak-anak gajah disini mempunyai jadual latihan harian dan dibawa keluar pada
waktu-waktu tertentu untuk aktiviti sosial mereka.
28. Kenapakah aktiviti mandi bersama gajah dewasa
telah dihentikan?
Penutupan aktiviti mandi bersama gajah dewasa adalah bagi mengurangkan
risiko kemalangan kepada gajah dan pelawat, juga untuk menjaga kebajikan gajah..
29. Kenapa perlu diisikan nombor Kad Pengenalan
dalam borang pendaftaran?
Sebagai pengesahan dan melibatkan proses undang-undang.
30. Kenapa perlu buat tempahan untuk menunggang
gajah? NOTA: TIADA LAGI AKTIVITI MENUNGGANG GAJAH MULAI 4/10/2012 DI PKGK.
Tempahan dibuat bagi mereka yang ingin menyertai aktiviti menunggang,
walaubagaimanapun, tiada jaminan bagi mereka yang membuat tempahan akan dapat
mengikuti aktiviti tersebut memandangkan had tempahan adalah kepada 40 orang
sahaja dalam satu-satu masa.
31. Kenapa aktivti tidak dibuat pada waktu pagi?
Aktiviti pada sebelah pagi hanya dibuka kepada tempahan rombongan
pelawat yang melebihi 40 orang sahaja, setiap hari kecuali pada hari jumaat.
32. Pukul berapakah tayangan video mengenai
tangkapan gajah ditayangkan?
Tayangan video mengenai operasi tangkap pindah gajah ditayangkan pada
waktu-waktu berikut;
a. Isnin hingga Khamis: 1.00pm & 1.30 pm
b. Jumaat: 1.00pm, 1.30pm & 2.00pm
c. Sabtu, Ahad & Kelepasan Am : 12.30pm, 1.00pm &1.30pm
33. Kenapa hanya pelawat dari luar negara sahaja
yang dapat menunggang gajah? NOTA: TIADA LAGI AKTIVITI MENUNGGANG GAJAH MULAI 4/10/2012 DI PKGK.
Kebanyakan pelawat luar Negara datang ke pusat ini melalui agensi
pelancongan dan tempahan awal telah dilakukan oleh agensi tersebut. Manakala,
bagi yang tidak berkesempatan membuat tempahan, mereka telah datang seawal jam
9.00 pagi bagi mendapatkan pelekat kuning.
34. Kenapa mandi bersama anak gajah tidak dibuat
pada waktu pagi?
Aktiviti mandi bersama anak-anak gajah tidak dijalankan pada waktu
pagi kerana mereka mempunyai rutin latihan harian yang lain.
35. Adakah pusat ini dibuka setiap hari kepada
pelawat?
Ya, sepanjang tahun kecuali ditutup untuk lawatan pada hari Raya
Pertama sahaja.
36. Tidakkah gajah penat membawa pelawat setiap
hari? NOTA: TIADA LAGI AKTIVITI MENUNGGANG GAJAH MULAI 4/10/2012 DI PKGK.
Aktiviti menunggang gajah dihadkan kepada 100 orang sehari bagi
menggelakkan gajah mengalami tekanan dan gajah untuk aktivit bersama pelawat
juga digilirkan.
37. Kenapa ditayangkan video yang sama sahaja?
Kos yang
sangat tinggi untuk membuat video baru dan Jabatan dalam perancangan bagi membuat video baru.
38. Adakah
terdapat penginapan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, sekiranya saya ingin
bermalam?
Tiada penginapan disediakan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa buah rumah homestay yang dikendalikan oleh penduduk tempatan berhampiran pusat
ini. Berikut merupakan senarai penginapan beserta nombor yang boleh dihubungi
untuk sebarang pertanyaan:
a.
D’Selesa : 019-6486641/019-9848
251
b.
Zul’s Homestay: 013-3773 838
39. Talian mudah alih yang berfungsi di PKGK dan
nombor kecemasan untuk dihubungi
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSAS), 09-2955 333 & 09-2955 331
(Ambulan)
Balai Polis Lanchang, 09-2803 222